Login  |  
Syarat-Syarat
Friday, August 29, 2008

TERMA-TERMA PENGGUNAAN BAGI PENGGUNA

Akses kepada dan penggunaan perkhidmatan ini diberikan oleh NSTP tertakluk kepada terma-terma berikut.

Melalui penggunaan Perkhidmatan Interaktif Mobil BH dan mengakses laman web ini, anda bersetuju diikat dengan terma-terma ini yang akan berkuatkuasa serta merta ketika anda pertama kali menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan ini. Sekiranya anda tidak bersetuju untuk terikat dengan terma-terma ini, anda dinasihatkan supaya tidak mengakses atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan ini.

NSTP berhak mengubahsuai atau mengemaskini terma-terma ini pada bila-bila masa dengan membuat pindaan secara online tanpa apa-apa notis. Sila semak terma-terma ini kerapkali untuk memastikan bahawa anda menyedari pindaan-pindaan yang dibuat oleh NSTP. Penggunaan dan/atau akses berterusan kepada perkhidmatan ini selepas perubahan dilakukan akan dianggap sebagai penerimaan terma-terma ini seperti dipinda atau dikemaskini.

1. Definasi

NSTP

The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

Penerbitan

Penerbitan NSTP.

Kandungan

Mesej teks, logo, grafik, audio dan video yang muncul dalam Penerbitan NSTP, laman web dan/atau portal web kouniti mobil yang dimiliki oleh NSTP.

Produk

Hasil seni NSTP yang asli, karya-karya, produksi yang meliputi suratkhabar-suratkhabar terbitannya di dalam format digital dan portal internet NSTP iaitu eMedia.

Sumbangan-sumbangan

Bahan-bahan (teks, gambar foto, grafik, video atau audio) yang dihantar oleh orang ramai/ahli kepada NSTP.

Perkhidmatan Interaktif Mobil RakanBH

Perkhidmatan mobil yang ditawar oleh NSTP yang membolehkan orang ramai dan pembacanya untuk : (1) menghantar pandangan / komen dalam bentuk SMS kepada pihak pengarang; (2) meminta muat turun mukasurat akhbar digital; (3) menghantar berita-berita dalam bentuk SMS/MMS kepada pihak pengarang (4) menerima peringatan berita SMS; (5) mengambil bahagian dalam komuniti mobil NSTP.

2. Penggunaan Perkhidmatan Interaktif Mobil BH

2.1 Tiada mana-mana kandungan dan produk NSTP ini boleh disalin, dibuat semula, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual, diuruskan atau digunakan dengan apa cara sekali pun melainkan untuk tujuan peribadi anda yang bukan komersial. Anda juga bersetuju untuk tidak mencedok, mengubah atau menghasilkan karya perolehan daripada sebarang kandungan dan produk NSTP melainkan untuk tujuan peribadi yang bukan komersial. Sebarang penggunaan kandungan dan produk selain daripada di atas perlu mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak NSTP.

2.2 Anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan Interaktif Mobil BH hanya untuk tujuan yang sah di sisi undang-undang dan dalam cara yang tidak menyalahi hak atau menyekat penggunaan pihak lain. Tindakan-tindakan yang dilarang termasuk mengganggu atau mengakibatkan tekanan atau ketidakselesaan mana-mana pihak, penyaluran kandungan-kandungan lucah atau yang boleh menyinggung serta mengganggu aliran dialog di dalam NSTP.

2.3 Dengan tindakan anda menggunakan Perkhidmatan Interaktif Mobil BH, anda dengan ini bersetuju untuk menerima mesej promosi dan iklan, maklumat mutakhir dan bahan-bahan lain daripada NSTP yang boleh didapati dari masa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu, kepada unit mobil anda.

3. Penafian Dan Had Liabiliti

3.1 Kandungan, produk dan Perkhidmatan Interaktif Mobil (atau produk dan perkhidmatan pihak ketiga) adalah dibekalkan atas asas "SEPERTIMANA (AS IS)" dan "SEBAGAIMANA BOLEH DIDAPATI (IS AVAILABLE)" tanpa apa-apa representasi atau jaminan (sama ada tersurat atau tersirat menurut undang-undang) setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, termasuklah jaminan terhadap kualiti yang memuaskan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, tiada perlanggaran, kesepadanan, keselamatan dan ketepatan.

3.2 Pihak NSTP tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua kedaan terhadap kerugian atau kerosakan berikut (samada ianya boleh dijangka, dikenalpasti atau tidak) : (a) kehilangan data; (b) kehilangan pendapatan atau jangkaan keuntungan; (c) kehilangan perniagaan; (d) kehilangan peluang ; (e) kehilangan nama baik atau kerosakan reputasi; (f) kerugian yang dialami oleh pihak ketiga ; atau (g) sebarang kerugian atau kerosakan tidak lansung, turutan, khusus atau exemplary yang timbul akibat penggunaan produk NSTP dan perkhidmatan mobil tanpa mengira bentuk tindakan.

3.3 Pihak NSTP tidak menjamin bahawa fungsi-fungsi yang terkandung di dalam laman web BH dan/atau mesej/portal komunikasi web tidak akan mengalami gangguan atau bebas daripada salah silap, atau sebarang kecacatan akan diperbaiki, atau pelayan yang menempatkan atau menghantar kandungan laman ini adalah bebas daripada sebarang virus komputer atau internet.

4. Harta Intelektual

4.1 Nama-nama, imej dan logo yang mengenalpasti pihak NSTP, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro dan Malay Mail atau pihak-pihak ketiga serta produk dan perkhidmatan mereka adalah tertakluk kepada hakcipta, hakcipta rekaan dan hakcipta niaga pihak NSTP dan/atau pihak-pihak ketiga. Tiada sebarang kandungan di dalam terma-terma ini boleh dianggap sebagai memberi hak secara tersirat, estopel atau selainnya apa-apa lesen atau hak untuk menggunakan sebarang hakcipta, hakcipta rekaan, paten, hakcipta niaga pihak NSTP atau mana-mana pihak ketiga.

5. Sumbangan kepada pihak NSTP

5.1 Sekiranya anda dipelawa untuk menghantar sebarang sumbangan kepada pihak NSTP (termasuk teks, gambar foto, grafik, video atau audio) anda bersetuju bahawa dengan penghantaran sumbangan anda, anda memberi kepada NSTP hak kekal, tanpa royalti, bukan eksklusif, hak yang boleh diberi semula perlesenan (sub-licensable rights) dan kebenaran untuk menggunakan, mengeluar semula, mengubahsuai, menyesuaikan, menerbit, menterjemah, mencipta karya perolehan, mengedar, melakonkan, membolehkan ianya didapati oleh orang ramai dan melaksanakan segala hak hakcipta dan publisiti terhadap sumbangan anda ke seluruh dunia dan/atau memasukkan sumbangan anda di dalam kerja-kerja lain dalam sebarang media samada yang dimajukan kini atau pada masa akan datang bagi tempoh penuh di mana hak-hak berkenaan wujud di dalam sumbangan anda, dan berdasarkan sekatan-sekatan privasi yang terkandung di dalam Dasar Privasi NSTP. Sekiranya anda tidak mahu memberikan hak-hak sedemikian kepada NSTP, anda dinasihatkan supaya tidak menghantar sumbangan anda kepada pihak NSTP.

5.2 Lanjutan kepada perenggan 5.1, dengan menghantar sumbangan anda kepada NSTP, anda memberi jaminan bahawa sumbangan anda:

5.2.1. Sama ada ianya adalah karya asal anda atau disalin atau diambil daripada karya pihak ketiga, anda mempunyai hak untuk menyerahkannya kepada pihak NSTP bagi sebarang tujuan yang dinyatakan di atas.

5.2.2. Tidak berunsur fitnah.

5.2.3. Tidak melanggar sebarang undang-undang

5.2.4. Mengakibatkan anda bersetuju akan menanggung rugi NSTP terhadap sebarang yuran guaman, kerugian dan kos lain yang mungkin ditanggung oleh NSTP atas kemungkiran jaminan yang diberi oleh anda di atas.

5.2.5. Mengakibatkan anda bersetuju mengenepikan hak moral yang wujud di dalam sumbangan anda bagi tujuan penerbitan oleh pihak NSTP dan lain-lain tujuan yang dinyatakan di atas.

6. Peraturan-Peraturan Komuniti Mobil NSTP

6.1 Anda bersetuju untuk menggunakan Komuniti Mobil NSTP (termasuk segala mesej yang dihantar oleh pembaca, portal MMS Wap dan laman-laman web) berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Komuniti berikut.

6.2 Mengenai mesej SMS/MMS yang anda hantar:

a) Sumbangan hendaklah bersopan dan tidak menjelikkan

b) Tiada tindakan merosakkan, menyinggung atau salah laku: bahan-bahan hendaklah membina dan bersopan, tidak kasar dan bukan dengan niat menimbulkan masalah.

c) Tidak mengandungi kandungan yang menyalahi atau tidak diterima undang-undang: bahan-bahan yang tidak sah, mengganggu, memfitnah, salah laku, mengugut, membahayakan, lucah, berorientasi seks, perkauman atau yang tidak dapat diterima baik adalah tidak dibenarkan.

d) Sekiranya anda menggunakan pelbagai login dengan tujuan menimbulkan kekacauan kepada komuniti atau mengganggu pengguna lain, tindakan sewajarnya mungkin akan diambil terhadap akaun anda.

e) Bersabarlah : Pengguna daripada pelbagai peringkat umur dan kebolehan mungkin akan mengambil bahagian dalam komuniti mobil NSTP.

f) Tidak menghantar bahan spamming atau yang di luar topik: Kami tidak membenarkan sumbangan yang sama atau yang hampir-hampir sama kepada lebih daripada satu perbincangan, atau membuat sumbangan yang lari daripada topik.

g) Tiada pengiklanan.

h) Tidak boleh meniru watak (impersonation).

i) Tidak menggunakan nama pengguna yang tidak sesuai (lucah, kasar, menyinggung dsb).

j) Tidak boleh merujuk kepada mana-mana alamat URL kecuali dibenarkan di bawah peraturan- peraturan laman web tempatan berkenaan. Sekiranya anda mengetahui mengenai kewujudan laman-laman web yang bernilai serta ada kaitan dengan mana-mana topik perbincangan, sila maklumkan kepada Hos Komuniti.

k) Menyalahgunakan kemudahan aduan adalah dilarang. Sekiranya ini berlanjutan, tindakan boleh diambil terhadap akaun anda.

Keselamatan

Kami menasihatkan anda supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi tentang diri anda atau orang lain (contohnya, nombor telefon, alamat rumah atau alamat email) dan jangan menyertakan alamat mengepos dalam apa jua bentuk. Sekiranya anda mempunyai alamat tertentu yang boleh membantu, sila maklumkan kepad hos komuniti kawasan yang berkenaan menggunakan pautan "Contact Us" dan sekiranya didapati sesuai akan mempromosikannya.

7. Mengenai Undang-Undang

7.1 Anda tidak dibenarkan menghantar sebarang bahan yang berunsur fitnah atau menyalahi undang-undang dalam apa jua bentuk kepada Komuniti Mobil NSTP. Ini termasuklah teks, grafik, video, program atau audio. Menyumbang bahan dengan niat untuk melakukan atau menggalakkan perbuatan yang menyalahi undang-undang adalah dilarang sama sekali. Semua mesej mestilah mematuhi peraturan-peraturan seperti Kod Kandungan yang ditetapkan oleh Akta Suruhanjaya dan Multimedia 1998 (MCMC) www.mcmc.gov.my

7.2 Semua bahan yang dihantar hendaklah tidak mencabul hak, meniru atau melanggar hak pihak ketiga termasuklah hakcipta, hakcipta niaga, rahsia perniagaan, privasi, publisiti, hak peribadi dan harta mereka.

7.3 Sekiranya anda di bawah umur 16 tahun, sila dapatkan kebenaran ibubapa atau penjaga anda terlebih dahulu sebelum menyertai perbincangan Komuniti Mobil NSTP atau menghantar sebarang SMS/MMS ke Perkhidmatan Interaktif Mobil BH dan portal web.

7.4 Jangan mendedahkan sebarang maklumat peribadi mengenai diri anda atau orang lain (contohnya nombor telefon, alamat rumah atau alamat emel)

8. Pengingkaran Terma Penggunaan

8.1 Sekiranya anda gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Komuniti ini (dan/atau apa-apa pindaan/kepelbagaian di dalam laman web tempatan) semasa mengambil bahagian di dalam Perkhidmatan Komuniti Mobil BH, anda akan digantung samada secara sementara atau kekal daripada menyertai sebarang aktiviti Perkhidmatan Interaktif Mobil BH. Sumbangan anda tidak akan muncul di dalam Terbitan NSTP atau portal webnya. Amaran melalui SMS mungkin akan dihantar kepada anda sekiranya anda masih mengulangi pengingkaran peraturan-peraturan ini.

8.2 Tindakan-tindakan lain boleh diambil seperti menempatkan keahlian atau akaun anda di bawah penapisan/penyuntingan atau digantung sementara atau selama-lamanya dari penyertaan di dalam mana-mana Komuniti Mobil atau lain-lain perkhidmatan Mobil NSTP.

8.3 Sekiranya anda menghantar bahan yang menyinggung atau tidak sesuai dimana sahaja atau kepada sesiapa sahaja di dalam Komuniti Mobil NSTP atau melakukan tindakan yang boleh merosakkan dan pihak NSTP menganggap ianya serius/kerap diulangi, pihak NSTP berhak menggunakan sebarang maklumat yang ada padanya mengenai anda untuk menghentikan pelanggaran tersebut. Ini termasuklah menghubungi pihak ketiga seperti majikan anda, pihak sekolah atau pemberi khidmat emel mengenai perlanggaran tersebut dan memulakan tindakan undang-undang terhadap anda sekiranya diperuntukkan di bawah undang-undang.

8.4 Pihak NSTP juga berhak untuk memadam sebarang sumbangan atau mengambil tindakan terhadap sebarang akaun pada bila-bila masa, atas apa jua alasan.

9 Umum

9.1 Sekiranya terdapat percanggahan diantara terma-terma ini dan terma-terma khusus yang muncul di NSTP (termasuk peraturan laman web tempatan) terma-terma yang terkemudian akan terpakai mengatasi terma-terma ini.

9.2 Sekiranya mana-mana peruntukan terma-terma ini menyalahi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut adalah diasingkan dan terma-terma lain akan kekal dan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah itu.

10 Caj

10.1 Pengguna akan dikenakan yuran biasa dan pihak TELCO mereka yang berkenaan bagi setiap SMS/MMS yang dihantar ke NSTP. RM0.50 akan dikenakan kepada pengguna bagi setiap maklum balas yang diterima dan RM1.00 bagi setiap muat turun mukasurat suratkhabar yang diminta.

10.2 Pihak NSTP berhak untuk menyemak semula caj-caj perkhidmatan tanpa notis dari semasa ke semasa. Sila lawati laman ini untuk maklumat terkini mengenai caj-caj perkhidmatan.

* * * * * * *

 

10 April 2006